Sunday, November 4, 2012

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU


BIAR BETUL!!!


Monday, November 5, 2012

FOTO !! ANAK PM DENGAN WANITA D BILIK ?! wOOO !!





Kecoh..birat mata..menanah telinga puok taik pakatan dah check mate habis modal..kalu tak serang PM dan Ds Rosmah atau keluarga Pm maka dapur mereka terpaksa guna kayu api hahahah kesian..cari makan cara haram..terpaksa buat fitnah..terpaksa jual persepsi..kononnya nak uruskan pemikiran rakyat supaya percaya dengan cerita hapak taik mereka !!

Kini anak PM diserang..marah sebab ikut mak ayah ke Sidang Kemuncak Asia-Eropah..bagi anjing yang tulang sebagai makanan..anak PM wajib tidur kat rumah diam diam..tak leh dok ikut mak ayah..tak leh mesra dengan mak ayah..kena kurung diri dalam rumah...tuiHHH !! mentaliti blogger taik pakatan haram serupo jamban taik..busuk..hapak..!!

Aakj malas nak tulis blog anjing pakatan mana yang dok cari makan dengan serangan fitnah taik ini huhu..kalu tulis nama blog..naik la nama blog hapak tu..hahaha banyak dia wat blog..kononnya nak kaut keliling..walhal dia sorang je tulis..tuiHHH!! ambik ko.. 

Ehh ada juga gambar penyewa pelacur dan anaknya d london..ehhh ye ke london..banyak duit mangkok ni..hahahah check mate..!!





GAMBAR ATAS SEKALI TU HIASE...

Wednesday, October 24, 2012

Gambar Ngeri Ular Sawa Telan Manusia (8 Foto)


Ular sawa merupakan haiwan pemangsa yang sangat berbahaya kepada manusia. Ia mampu membelit dan menelan walaupun mangsa mempunyai saiz yang lebih besar daripadanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Melayukini.net – Gambar Ngeri Ular Sawa Telan Manusia (8 Foto) | Ular sawa merupakan antara ular yang berupaya menelan mangsa dalam jangka masa yang singkat. Tidak kiralah saiz mangsa itu sebesar mana. Tetapi kebiasaannya spesis ini memakan haiwan ternakan seperti rusa, kancil, kambing dan lain-lain lagi. Selain itu, manusia juga tidak terkecuali menjadi santapan ular sawa tersebut. Ular ini boleh mengesan getaran mangsa pada tanah melalui tulang yang menyebabkan kita berada dalam keadaan bahaya tanpa disedari. Serangan pertama adalah dengan membelit mangsa, sebelum ia menelan secara perlahan-lahan. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Melayukini.net - Jika masuk ke dalam hutan tebal, perkara utama sekali kita perlulah berhati-hati bimbang jika bertemu dengan haiwan seperti ini. Belitan ular sawa bukanlah satu belitan yang biasa, tetapi ia seperti mempunyai satu kuasa yang mampu menyebabkan kita tidak boleh bergerak.

Tuesday, October 23, 2012

Mesti Baca : Kenapa Mesir Tidak Laksana Hudud Dihurai Muftinya Syeikh Ali Jumaat 5 Tahun Lepas !!!

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak, iaitu Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud. Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi. 


Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan. 

Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidaksempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan. 

Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa. 

Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan. Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569) 

Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan. 

Zaman ketiadaan saksi 

Persoalannya di sini, wujudkah saksi-saksi seperti yang dinyatakan pada masa sekarang? Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini. 

Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, Al-Qadhi Al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”. 

Demikian realiti manusia pada zaman Al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati? 

Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa). 

gambar Mufti Syeikh Ali Jum'ah Mufti Mesir

Setelah menukilkan kata-kata Al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”. 


Dalam erti kata lain, zaman ini ialah zaman dimana kita sudah kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud. Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah. 

Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan. 

Hudud bukan keutamaan 

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan. 

Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat. 


Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini. Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau. 

Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’. 

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’. Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan. 

Pandangan beliau ini secara tidak langsung memberi ‘signal’ amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud. 



Laman rasmi Mufti Syeikh Ali Jum'ah klik sini http://www.aligomaa.net/

Sunday, October 21, 2012

Nora Danish takut bila CIUM Adi Putra.. Kelakar......



Nama aktres cantik, Nora Danish pernah dikaitkan dengan keretakan rumah tangga aktor kacak, Adi Putra, Mei lalu. Ternyata, aksi romantis mereka menerusi drama Tentang Dhia yang ditayangkan di saat itu menjadi bahan untuk mereka digosipkan bersama.

Meskipun kedua-duanya menafikan perkara tersebut, namun ia tidak menjadi penghalang untuk mereka terus digandingkan lagi menerusi, Aku Terima Nikahnya, yang baru saja ditayangkan di pawagam pada 11 Oktober lalu.

Memaparkan lebih aksi romantis, pelakon yang terkenal menerusi sitkom Puteri ini bagaimanapun tidak gentar dengan gosip yang bakal mengekorinya. Mengakui ia sebahagian dari rencah bergelar selebriti, Nora mengharapkan agar masyarakat bersikap lebih terbuka menilainya.

Semakin kebal menghadapi gosip dan kontroversi, bekas isteri kepada Jejai ini menegaskan, kemesraan yang terjalin dengan Adi dalam filem itu tidak sesekali dibawa ke luar set penggambaran.

"Jangan sesekali menganggap itu adalah saya dan Adi kerana bagi kami, ia hanyalah Arlisa dan Johan.

"Ini adalah kali pertama saya melakonkan watak romantis serius dan saya harap, tak ada yang cuba membandingkan lakonan saya dengan filem atau drama terdahulu," katanya yang mengakui hampir kesemua babak sangat sukar dijayakan.

Akui Nora, walaupun pernah digandingkan bersama, namun perasaan gementar untuk memenuhi tuntutan watak sebagai isteri Adi Putra, tetap ada.

Menerusi filem terbaru MIG itu, Nora berkata, dia takut dan kekok untuk melakonkan babak romantis bersama Adi Putra.

"Sejujurnya, saya sangat kekok untuk menjayakan babak intim dengan Adi sebab dia sudah berkahwin.

"Dalam filem itu, saya perlu memegang tangan Adi dalam tempoh yang lama. Selain itu, ada juga babak yang memerlukan kami berpeluk dan Adi mencium pipi saya.

"Walaupun kami pernah bekerjasama sebelum ini, tetapi perasaan itu tetap ada sehingga saya sendiri 'takut-takut' untuk memenuhi permintaan pengarah," katanya

APA DAH JADI???


Blogger Seks Alvin Dan Vivian Dilayan Bagai Selebriti, Siap Jadi Tetamu Radio Di Malaysia...Apa Cerita?

Alvin, Vivian Dilayan Bagai Selebriti, Siap Jadi Tetamu Radio Di Malaysia, Apa Cerita?

Kita berasa marah dan terhina apabila dua rakyat kita yang kini sedang menuntut di Singapura, Alvin dan Vivian bertindak merakamkan aksi seks mereka di dalam blog tanpa rasa malu dan rasa bersalah.
Malah di republik itu sendiri, mereka berdua bakal berhadapan dengan tindakan daripada pihak universiti yang kesal dengan perbuatan mereka.
Tetapi sebaliknya berlaku di negara kita sendiri.
Mereka berdua kini dilayan bagai selebriti, siap diwawancara oleh tiga buah stesen radio tempatan!
Apa sudah jadi???
Adakah kita juga hendak menyatakan sokongan secara langsung kepada kedua mereka ini?
Untuk pengetahuan anda, Alvin dan Vivian telah ditemubual oleh Red FM (104.9) dan Capital FM (88.9).
Malah pendengar juga boleh mendengarnya melalui stesen berbahasa Cina 988FM (98.8).
Oh maaf…kita mungkin sudah moden, kita mungkin sudah liberal justeru kita perlu bersikap ‘terbuka’.
Ya, kita perlu bersikap terbuka….wawancaralah lagi, temubual lah lagi, lepas ni apa kata kita ‘angkut’ kedua-dua mereka untuk muncul secara ‘live’ pula di TV.
Kemudian kita minta syarikat-syarikat korporat ambil mereka sebagai duta produk, atau macam mana?
Di bawah ini adalah artikel mengenai wawancara itu yang disiarkan oleh The Star.
Anda nilailah sendiri.
———————————–
PETALING JAYA – Mereka telah menjadi sangat terkenal dalam masa seminggu akibat mempunyai blog seks, tetapi Alvin Tan dan Vivian Lee berdepan beberapa kemungkinan.
Lee, 23, mungkin dihalau keluar dari rumah keluarganya selepas blog “Sumptuous Erotica” yang dikongsi dengan Tan, 24, menjadi tajuk utama dalam beberapa akhbar di sini dan di Singapura.
“Ibu saya memberi saya kata putus sama ada mengahwininya atau keluar dari rumah dalam tempoh sebulan,” katanya, sambil menambah dia “sedikit takut” mengenai perkara itu.
Dia baru sahaja lulus ijazah pemasaran dari Universiti Multimedia dan tinggal di Johor Baru bersama ibu dan abangnya.
Tan sedang menghabiskan cuti belajar di National University of Singapore (NUS) dengan ibu bapanya di sini dan pangsapuri yang disewa di Kuala Lumpur. Cutinya ini tidak mempunyai kaitan dengan blog seks.
Lee berkata dengan kebarangkalian yang tipis untuk berkahwin dengan Tan, kerana kedua-dua menganggap diri masih muda dan tidak bersedia untuk komited antara satu sama lain, dia mungkin mengakhirinya dengan tinggal bersama Tan.
“Saya fikir dia boleh bergantung dengan saya. Saya rasa saya boleh memberikan bantuan kewangan,” kata Tan semasa temubual panjang dengan radio Kumpulan Media Star di sini, Jumaat.
Kedua-duanya berkata ibu Lee yang juga ibu tunggal tertekan dan telah cuba menghubungi Tan untuk memberi teguran tetapi Tan tidak menjawab panggilan tersebut.
“Ibu saya juga memarahi saya dan tidak mahu memberitahu apa-apa kenyataan kepada akhbar,” kata Lee. “Tetapi saya rasa saya menentangnya.”
Bagi Tan, pelajar undang-undang dan pemegang biasiswa Asean, dia menghadapi kemungkinan dibuang universiti dan biasiswa dibatalkan selepas gambar bogelnya dan video seks bersama Lee menjadi tajuk utama di republik itu.
Tetapi dia berkata tidak melihat ia sebagai “sesuatu yang besar” jika disingkirkan dari universiti.
Kedua-duanya, Tan dan Lee mahu menceburi bidang perniagaan persembahan dan tidak menolak kemungkinan menjadi pelakon.
Mereka juga mendedahkan bahawa berkongsi gambar intim dan video di internet adalah ‘idea bersama’. Lee yang telah memujuk Tan untuk menangkap gambar dan klip bogel antara satu sama lain.
“Kami mula mengambil gambar bogel ketika bertemu kali kedua,” kata Tan.
“Kami menghabiskan cuti di sebuah hotel di P.Pinang dan dia telah berbogel.
“Dia bertanya kepada saya jika saya mahu mengambil gambar (bogel) dan saya menganggapnya sebagai suka-suka,” kata Tan, yang berkata dia tidak melakukan seks sejauh ini dengan bekas teman wanitanya.
“Kebanyakan adalah pengecut. OK, saya tarik balik. Mereka tidak mencabar,” katanya.
“Melakukan perkara-perkara seperti ‘bungee-jumping’ atau terjunan udara adalah perkara biasa,” katanya. “Saya mahu bergaul dengan orang-orang yang telah melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.”
Dengarkan pra-rakaman temubual dengan pasangan ini di Red FM (104.9) dan Capital FM (88.9) pada pukul 2 petang hari ini.
Pendengar di Lembah Klang juga boleh mendengarnya melalui stesen berbahasa Cina 988FM (98.8) pada pukul 7.30 pagi, Selasa.
Stesen radio kumpulan media The Star Red FM, Capital FM dan 988 FM turut membawakan beberapa topik termasuk:
- Bagaimana mereka bertemu dan bagaimana dia obses dengan wanita bernama ‘Vivian’.
- “Alvin mempunyai ‘keterujaan’ untuk nama Vivian. Kami bertemu melalui “kawan atas kawan” di Facebook, dan Alvin telah menjadikan saya sebagai kawannya.” – Vivian
Mengenai rakaman video seks.
“Ia sebenarnya terdapat lebih banyak. Seks lebih ghairah yang kita ada tidak direkodkan. Ia sebenarnya seperti kerja” – Alvin
- Bagaimana jika ia adalah anak-anak mereka menyiarkan video seks?
“Saya tidak akan menggalakkan mereka secara langsung, tetapi saya akan menggalakkan mereka untuk menyerlahkan apa jua bakat atau minat mereka.” – Alvin
- Adakah dia menyesal apa-apa ini?
“Kami hanya akan menyesali perkara yang kami tidak melakukannya. 20 tahun dari sekarang, saya akan melihat kembali zaman 20-an saya dan saya berfikir bahawa saya adalah begitu menakjubkan. “-. Alvin